Friday, May 18, 2012

Kekecewaan

Ianya adalah musuh hati yang paling kuat. Ianya juga satu perasaan yang paling tidak mahu dirasai oleh semua insan. Sehingga ada diantaranya sanggup berbuat apa sahaja untuk menghindarkan dari kekecewaan.

Namun, sebagai manusia yang lemah di sisi Allah. Tiada yang lepas dari perasaan ini. Selagi hati berpaut. Perasaan akan dinoda olehnya. Apa sebenar puncanya?

Jika dilihat dalam sudut diri dan hubungan. Kita seringkali dikaitkan dengan insan yang lain. Ini tidak boleh dielakkan. Ketaksuban, kasih sayang, ingin cemerlang dan banyak lagi, selalunya akan menghadapi lawanannya. Mungkin ianya boleh ditafsirkan dengan satu perkataan "Kegagalan".

Dalam perasaan diriku sendiri. Ianya hadir. Biar bertahun lamanya sayang kepada wanita yang bermula dari kawan kemudian kekasih seterusnya tunang. Kegagalan juga yang menjadi punca kepada dua jiwa untuk bersatu. Apa yang dihajati seringkali menjadi bahan rakus ketaksuban manusia kepada perkakasan dan harta benda.

Kulihat juga di mata, insan lain yang kurang hitungannya. Hidup dalam keluarga yang bahagia. Adakah mereka benar dan betul dijalan yang dipilih?. Mungkin ya. Walaupun begitu. Ianya hadir dalam dua sudut yang berbeza. Dua hati yang perlu disatukan. Apakah takdir yang telah ditulis dianugerahkan Allah agar mereka tidak memilih?

Jika ditinjau dalam sudut wajah yang cantik. Ianya sememangnya perlu dalam inti hati jiwa dan perasaan. Jika kehadiran yang tiba dalam bentuk yang memenuhi keperluan hati. Sifat suka dan sayang akan hadir dan perjalanan seterusnya akan dirempuh walaupun beronak liku dan pedih.

Sesetengah insan, onak dan liku satu titik kepada perjuangan. Namun kepedihan hati yang dicengkam akibat penodaan tanggungjawab memelihara diri yang rapuh terlepas ke insan yang lain amat mencoret hati dengan garisan yang amat besar.

Biar puluhan tahun ianya dibina untuk tidak kecewa. Gemilang di mata rakan-rakan. Akan tetapi penipuan yang rakus akibat ketaksuban dan ego seorang insan bergelar wanita membunuhnya umpama membuang makanan yang tidak dijamu habis, walhal sebelum itu dia lah yang memilihnya dan berkata aku mahu.

Hari ini, hatiku pasrah dalam perhitungan. Kuletakkan sanggup kemedan peperangan. Ianya seakan dayus dan menjilat ludah insan lain. Terasa sayu hati tatkala memikirkannya. Pedih dan pilu menyelubungi segala yang tiba. Ingin kuteruskan perjuangan. Ianya akan menempelkan satu coretan rasa di masa akan datang. Jika kukenang segala yang indah, sakit dan susah bersama. Aku tenggelam dalam sudut kasihan.

Jika ini pilihan yang aku hitungkan. Ianya memutar dan menukar hati dan perasaan aku kepada rasa yang aku sendiri tidak dapat putuskan. Adakah kenangan yang harus menang? "Atau" Masa hadapan yang baru harus dibina?

Sifat Mahmudah manusia tergolong dalam sudut "Zuhud" (Memilih dunia sekadar yang perlu). Hitungan ini meletakkan hati dalam sudut insan sementara. Jika lepas pilihan ku. Aku tergolong dalam insan yang tidak percaya akan takdirnya. Tatkala pertanyaan rayuan dia hadir. Aku seakan keliru dengan keadaan.

Sedangkan air anugerah Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Membersihkan segala kekotoran dan kepanasan. Ku lontar hatiku kesudut ini seakan memberi kelegaan. Bisikan jahat seakan kabur. Atau mungkin ini ujian sebagai manusia di alam fana yang sementara?